6 september 2022, Bengkel IPS PPKT Siri 3/2022 telah diadakan dengan jayanya pada 05 & 06 September 2022 bertempat di Bilik Tutorial A dan melibatkan 29 orang peserta dari PPKT Kampus Kesihatan yang terdiri daripada Timbalan Pengarah, Ketua Bahagian, Ketua Seksyen dan wakil-wakil daripada Unit.
5 orang staf dari PPKT Kampus Kejuruteraan diketuai oleh Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab hadir sebagai jemputan khas dan menjadi Fasilitator bagi bengkel ini di mana semua peserta berada dalam kumpulan mengikut unit masing-masing.
Bengkel hari pertama pada 05 September 2022 dimulakan pada jam 09.00 pagi dengan ucapan aluan Pengerusi Majlis iaitu En. Nareeman Shah Che Muhamad, bacaan doa dan sepatah dua kata dari Timbalan Pengarah PPKT Kampus Kesihatan iaitu Tuan Hj. Nik Nashron Ab Aziz dan seterusnya taklimat bengkel daripada Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada semua peserta mengenai kepentingan mengisi profil inisiatif yang tepat dalam BSC / Indeks Prestasi Staf (IPS) bagi mengukur beban tugas setiap staf dan menilai prestasi staf.
Bengkel tamat pada hari kedua (06 September 2022) jam 12.30 tengahari dengan sesi pembentangan setiap unit, sesi rumusan hasil bengkel daripada Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab, penyampaian cenderahati kepada Fasilitator dan sesi bergambar dengan semua peserta.
Teks oleh: Nur Hidayah Binti Abdul Halim
Foto oleh: Wan Abshah Rizal Bin Wan Abdullah