27 Ogos 2022, Sabtu. Program Celik IT KKAUSM 2022 anjuran bersama Kesatuan Kakitangan Am USM (KKAUSM) dan Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kesihatan telah diadakan pada 27 Ogos 2022 bertempat di PPKT Kampus Kesihatan.
Program ini telah disertai oleh 25 orang anak-anak Ahli KKA USM B40 yang berusia antara 7 hingga 17 tahun dan melibatkan Ahli Jawatankuasa seramai 17 orang terdiri daripada staf PPKT Kampus Kesihatan dan juga ahli KKA USM.
Program dimulakan pada jam 09.00 pagi dengan ucapan aluan En. Nareeman Shah Che Muhamad yang mewakili Timbalan Pengarah PPKT.
En. Ahmad Rizwan Zulkharnain (Presiden KKA USM) dan beberapa ahli KKA USM Kampus Induk turut hadir memberikan sokongan untuk program ini.
Program tamat pada jam 05.00 petang dengan penyampaian sijil kepada peserta serta penyampaian cenderahati kepada Penceramah.
Teks oleh: Nur Hidayah Abdul Halim
Foto oleh: JK Media, Program Celik I.T KKA 2022