20 Julai 2022, Kubang Kerian. Satu Majlis Titipan Memori, Sejambak Kasih anjuran NegoPPKT bersama Kelab PPKT telah berlangsung di Min House Camp bagi meraikan persaraan salah seorang staf PPKT, dari Unit Khidmat Pelanggan En Azhar Azlan.
En Azhar Azlan telah berkhidmat di USM Kampus Kesihatan bermula pada November, 1983 sehingga Jun 2022. Telah berkhidmat hampir 40 tahun dengan memulakan tugas di Hospital Uniniversiti Sains Malaysia sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan dan menamatkan khidmat sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N22 KUP.
Pada majlis yang telah dihadiri lebih dari 80 orang staf PPKT, beliau turut berkonsi nasihat dan pengalaman kepada staf-staf lain yang hadir untuk terus berkhidmat setulus hati tanpa mengenal erti penat.
Sedikit cenderahati ikhlas daripada Timbalan Pengarah PPKT berupa senaskah buku serta hadiah istimewa dari Pengerusi Kelab PPKT dan majlis turut diselitkan dengan persembahan multimedia khas dari Unit Multimedia.
Majlis tamat tepat jam 1.15 petang dengan aktiviti persegaran bersama yang diraikan juga staf-staf PPKT yang turut hadir memeriahkan upacara bersejarah ini.
Teks : Marini Zainon | Foto : staf PPKT