2 JUN 2022. KHAMIS. Bertempat di Dewan Utama Kampus Kesihatan, satu majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kampus Kesihatan 2022 telah berlangsung dengan melibatkan semua PTJ di Kampus Kesihatan.
PPKT KK antara PTJ yang tidak terkecuali menjadi salah satu PTJ yang terlibat yang ditugaskan untuk menyediakan menu Laksa Penang. Penyediaan bahan dan pemasangan booth telah bermula seminggu sebelum majlis berlangsung melibatkan 13 orang staf PPKT dan beberapa pelajar latihan industri.
Booth PPKT antara booth yang mendapat sambutan hangat pengunjung dan antara booth yang bertuah kerana dikunjungi tetamu VIP Pemangku Pengarah Kampus Kesihatan, Profesor Dr. Shaharum Bin Shamsuddin dan Kertua Bahagian Koporat, Infostruktur dan Teknikal, En Hisyam Yacob.
Pelbagai juadah hari raya disediakan dan beberapa aktiviti seperti persembahan nyayian, kuiz dan pertandingan booth tercantik telah diadakan bagi memeriahkan lagi majlis sambutan hari raya kampus kali ini.
Majlis telah berakhir tepat jam 2 petang. Aktiviti gotong royong bersama membersihkan tapak booth dengan bantuan semua AJK serta pelajar latihan industri yang terlibat berjalan lancar.
Teks oleh: Marini Zainon
Foto oleh: AJK Raya Kampus 2022