30 MEI 2022, ISNIN. Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri 2022 PPKT peringkat Kampus Kesihatan telah berlangsung di ruang legar PPKT dimulai dengan aktiviti bacaan doa oleh En Mohd Zulkifly pada jam 9.45 pagi.
Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan pembukaan oleh Timbalan Pengarah PPKT , Tn Hj Nik Nashron dan majlis diteruskan dengan ucapan perasmian dari Pengerusi Kelab PPKT oleh En Kamarul Azuar.
Jamuan makan raya bermula tepat pada jam 10.30 pagi selepas sesi fotografi, antara menu yang menjadi hidangan sepanjang majlis antaranya menu nasi minyak, kambing golek, nasi impit, roti jala, lontong, spageti, oden, kek, tapai, ketupat, colek buah dan beberapa jenis minuman.
Majlis turut dihadiri oleh beberapa oarng jemputan khas dari YAATIM dan jabatan-jabatan berhampiran PPKT. majlis berakhir dengan aktiviti gotong royong melibatkan semua staf tepat pada jam 3 petang.
gambar oleh : En Zawdi Badruddin
teks oleh: Marini Zainon