Talian Hotline PPKT : 1111

  • Jumlah paparan: 291
  •  

    25 April, 2022 (Isnin). Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi, Kampus Kesihatan menerima kunjungan khas Naib Canselor Professor Dato' Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan dan CIO PPKT En Ahmad Fadhlul Irham Yusoff.

    Sebagai pembuka tirai lawatan, bertempat di Bilik Mesyuarat PPKT, Naib Canselor dan CIO PPKT diraikan dengan acara pertama iaitu persembahan Multimedia PPKT. Seusai persembahan multimedia, satu perbincangan khas berkaitan isu keperluan ruang PPKT USM, kenderaan usang PPKT, peluang kenaikan pangkat staf dan isu-isu dalaman perkhidmatan ICT di Kampus Kesihatan.

    Naib Canselor Professor Dato' Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan dan CIO PPKT En Ahmad Fadhlul Irham Yusoff diringi oleh Tim Pengarah Tn Hj Nik Nashron Ab Aziz, Ketua Bahagian En Hisyam Yacob dan Pn Zamilah Hussin melawat beberapa lokasi di PPKT antaranya Bilik Server Kampus, Ruang Kerja Seksyen Data dan raung kerja yang berhampiran.

     

    Walaupun masa lawatan hanya selama 30 minit, namum impaknya tersangatlah besar bagi semua warga staf PPKT USMKK.

     

    Gambar oleh: En Nareeman Shah | Teks oleh: Marini Zainon

    Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT)
    Universiti Sains Malaysia,
    Kampus Kesihatan,
    16150 Kubang Kerian,
    Kota Bharu, Kelantan
     
    Tel : +609-7673000
    Faks : +609-7671133
    Email: ppktkk@usm.my

    mygovmscmqa

    Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

    Dasar Keselamatan & Privasi

    • Dikemaskini: 09 Januari 2023.