Talian Hotline PPKT : 1111

  • Jumlah paparan: 302
  • APRIL, 2022. Kerajaan memutuskan supaya sempadan negara dibuka bermula 1 April ini," kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

    Perdana Menteri berkata, keputusan ini dibuat berdasarkan tiga perkara asas iaitu panduan sains dan fakta terkini berkaitan COVID-19, membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negara lain dan memberikan keselesaan kepada pengembara.

           

    "Malaysia adalah destinasi terbuka dan boleh dikunjungi semua. Dengan pembukaan semula sempadan, rakyat malaysia yang ada dokumen sah boleh keluar masuk seperti biasa dan boleh pergi ke mana-mana negara yang turut membuka pintu sempadannya.

    "Kementerian yang berkaitan juga akan mengeluarkan SOP pembukaan sempadan negara secara terperinci dalam masa terdekat," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

    NOTA: sila klik pada imej untuk paparan lebih jelas

    Sementara itu, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata langkah kerajaan membuka sempadan antarabangsa akan membantu meningkatkan pemulihan ekonomi dengan lebih pantas.

    Beliau berkata, pembukaan sempadan sudah tentu akan memberi impak positif kepada perdagangan negara, sekali gus membolehkan nilai perdagangan yang lebih tinggi dapat direkodkan.

    "Apabila sempadan antarabangsa dibuka, permintaan luaran akan meningkat dan industri tempatan perlu memenuhi perrmintaan pasaran global ini.

    "Ini secara langsung akan memberi peluang kepada perniagaan tempatan meningkatkan kapasiti dan kualiti mereka," katanya dalam sidang media selepas majlis pengumuman prestasi pelaburan Malaysia pada 2021 hari ini.

    Azmin berkata, banyak pihak turut menunggu langkah kerajaan dalam membuka sempadan antarabangsa kerana kedudukan Malaysia sebagai pengeluar utama sektor semikonduktor global.

    Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) baharu yang ditetapkan bagi pembukaan sempadan antarabangsa juga akan memberikan kemudahan kepada industri tempatan serta pelabur antarabangsa.

    NOTA: sila klik pada imej untuk paparan lebih jelas

    Katanya, ia juga akan menjadikan nilai eksport negara tahun ini dapat dilonjakkan seperti yang direkodkan pada 2021, hasil daripada pembukaan sempadan secara beransur-ansur.

    Selain itu, katanya, pembabitan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) akan memberi sokongan tambahan kepada pemulihan ekonomi negara.

    "RCEP memberi pasaran yang lebih meluas kepada 2.3 bilion populasi, memberi sokongan kepada langkah pembukaan sempadan antarabangsa oleh kerajaan ini.

    "Semua langkah ini akan membantu mempercepatkan pemulihan perniagaan, mencerdaskan ekonomi serta menjadikan Malaysia sebagai antara negara yang pantas pulih," katanya.

     

    sumber dari : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/931676/sempadan-negara-dibuka-bermula-1-april-ini

    Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT)
    Universiti Sains Malaysia,
    Kampus Kesihatan,
    16150 Kubang Kerian,
    Kota Bharu, Kelantan
     
    Tel : +609-7673000
    Faks : +609-7671133
    Email: ppktkk@usm.my

    mygovmscmqa

    Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

    Dasar Keselamatan & Privasi

    • Dikemaskini: 09 Januari 2023.