Mac 2021, Hotel Perdana. Satu Majlis Makan Malam Tahunan PPKT Kampus Kesihatan anjuran Kelab PPKT telah berlangsung dengan dihadiri oleh 40 orang staf dalaman PPKt dari pelbagai Seksyen.
Acara bermula tepat jam 8.00 malam dimulai dengan aktiviti ketibaan tetamu dan pendafataran adalah menggunakan QR MySejahtera. Majlis dimulai dengan acara bacaan doa oleh En Solahasni bagi memberkati pejalanan majlis dan diikuti dengan acara tayangan multimedia korporat PPKT dari Unit Web & Multimedia, ucapan pengerusi kelab oleh En Kamarul Azuar, persembahan nyayian oleh En Zuber dan acara turut diselit dengan aktiviti cabutan bertuah dan permainan ringkas.
Majlis turut menyelit Anugerah Pakaian terbaik lelaki yang telah dimenangi oleh En Zuber, manakala anugerah pakaian terbaik wanita dimenangi oleh Pn Noraini dan Anugerah Khas pakaian sempoi dan pelik dimenangi oleh En Nazri. Majlis makan malam telah bersurai tepat pada jam 11 malam.
Teks oleh: Marini Zainon