Talian Hotline PPKT : 1111

  • Jumlah paparan: 2766
  • Akaun Identiti USM (Emel/CampusOnline/e-Learning)
     
    Soalan 1 :
    Saya terlupa kata laluan emel/CampusOnline. Bolehkah saya mendapatkan semula kata laluan itu? 
    Jawapan 1 :
    Sila hubungi atau datang ke Kaunter ServisDesk kampus masing-masing pada waktu operasi untuk mendapatkan kata laluan sementara. Anda perlu menukar kata laluan sementara tersebut kepada kata laluan yang baru di https://self.usm.my.
     
    Nombor talian telefon/alamat emel ServisDesk mengikut kampus adalah seperti di bawah:
     

    Kampus

    No. Telefon

    Alamat Emel

    Induk

    04-6534400

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    IPPT

    04-5622111

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    Kejuruteraan

    04-5995333

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    Kesihatan

    09-7671111

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

     
    Soalan 2 :
    Bilakah waktu operasi Kaunter ServisDesk? 
    Jawapan 2 :
    Waktu operasi Kaunter ServisDesk adalah berbeza mengikut kampus seperti yang tertera di bawah:
     

    Kampus

    Hari Bekerja

    Waktu Operasi

    Waktu Rehat

    Induk/IPPT/

    Kejuruteraan

    Isnin – Khamis

    8.10 pagi - 5.00 petang

    1.00 tengah hari - 2.00 petang

    Jumaat

    8.10 pagi - 5.00 petang

    12.15 tengah hari - 2.45 petang

    Kesihatan

    Ahad – Rabu

    8.30 pagi - 4.30 petang

    1.00 tengah hari - 2.00 petang

    Khamis 8.30 pagi - 3.30 petang

    1.00 tengah hari - 2.00 petang

    Kaunter ditutup pada Hari Kelepasan Am (mengikut negeri masing-masing)
     
    Soalan 3 :
    Bagaimanakah cara untuk menukar kata laluan emel/CampusOnline sedia ada? 
    Jawapan 3 :
    Anda   boleh   menukar   kata   laluan    semasa   anda   kepada   kata   laluan   yang    baru   di
    https://self.usm.my.
     
    Soalan 4 :
    Bagaimanakah cara untuk saya mencipta/mendapatkan emel baru pelajar/staf? 
    Jawapan 4 :
    Sila ikut langkah-langkah seperti di bawah :
    1. Sila kenalpasti No Pin yang dilampirkan bersama surat tawaran.

    A. Staf

    i. No Pin dibekalkan  oleh  Bahagian  Sumber  Manusia/Pusat  Pengajian/Pejabat Pengurusan dan Kreativiti Penyelidikan (RCMO). Pecahan kategori staf adalah seperti jadual di bawah).

    ii. Permohonan emel baru bagi Staf Sandaran masih menggunakan borang (sila rujuk Pusat Pengajian masing-masing).

    B. Pelajar

    i. No Pin dibekalkan menerusi laman web mengikut klasifikasi pelajar :

    Pelajar Ijazah Pertama : layari https://pohon.usm.my

    Pelajar Ijazah Tinggi : layari http://onlineips.usm.my/admission

    ii. Permohonan emel baru bagi Pelajar Jangka Pendek dari Pusat Mobiliti dan Kolaborasi Antarabangsa (IMCC) dan Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (SOLLAT) perlu merujuk terus ke pejabat-pejabat berkenaan.

    2. Layari https://self.usm.my

    3. Pilih Register New ID.

     Jika terdapat sebarang masalah berkaitan dengan No Pin, sila hubungi Pusat Tanggungjawab PTJ) seperti di bawah :
     

    Status

    Pusat Pengajian/PTJ/ Bahagian

    No Telefon

    Pelajar Ijazah Pertama

    Unit Pengambilan Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik

    04-6533328

    Pelajar Ijazah Tinggi

    Unit Pengambilan Pelajar, Institut Pengajian Siswazah

    04-6532946

    Staf Bukan Akademik dan

    Staf Akademik di Pusat

    Tanggungjawab (selain

    Pusat Pengajian)

    Bahagian Sumber Manusia

    04-6579107

    Staf Akademik di Pusat

    Pengajian

    Pusat Pengajian masing- masing

     

    Staf Projek

    Pejabat Pengurusan dan

    Kreativiti Penyelidikan

    (RCMO)

    04-6536558 / 04-6536557

     
    Soalan 5 :
    Saya tidak dapat login dengan menggunakan username dan password yang asal dan saya yakin telah memasukkan kata laluan yang betul. Apakah yang perlu saya lakukan? 
    Jawapan 5 :
    Sila ikut langkah-langkah seperti di bawah :
    1. Pilih ‘Clear History & Cache’ dan ‘Cookies & Site Data’ pada web browser anda mengikut jenis web browser yang anda gunakan samada Google Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer atau Microsoft Edge.
    1. Restart web browser berkenaan dan login semula. Sila pastikan anda menaip ID emel dengan betul dan pastikan tiada spacing selepas @student.usm.my atau @usm.my.
     
    Emel
     
    Soalan 1 :
    Saya baru mendaftar emel di https://self.usm.my, tetapi terdapat ralat berkaitan mailbox semasa
    login (Error – something when wrong). 
    Jawapan 1 :
    Masalah ini adalah disebabkan oleh mailbox yang belum wujud. Untuk makluman, mailbox akan dijana secara automatik dalam tempoh 24 jam selepas penjanaan identiti.
    Jika masih mendapat ralat yang sama selepas 24 jam, sila hubungi kaunter ServisDesk kampus masing-masing atau membuat aduan secara atas talian di Portal https://sd.usm.my
     
     
    E-Learning
     
    Soalan 1 :
    Saya mempunyai masalah untuk akses ke portal e-Learning. Apakah yang perlu saya lakukan? 
    Jawapan 1 :
    Anda perlu pastikan alamat url portal e-Learning adalah betul seperti di bawah :
     

    Status Pelajar

    Portal e-Learning

    Pelajar Sepenuh Masa

    https://elearning.usm.my/

    Pelajar Jarak Jauh

    https://elearnpppjj.usm.my/pppjj/

     Jika masih menghadapi masalah yang sama, sila hubungi kaunter ServisDesk kampus masing- masing atau membuat aduan secara atas talian di portal https://sd.usm.my

     
     
    Perkhidmatan Kemudahan Wifi (USMSecure dan USMWireless)
     
    Soalan 1 :
    Bolehkah saya mengaktifkan sambungan wifi di laptop/pc/smartphone/tablet saya? 
    Jawapan 1 :
    Boleh, jika anda seorang staf atau pelajar yang masih aktif.
     
    Soalan 2 :
    Saya bukan staf atau pelajar. Bolehkah saya menggunakan kemudahan wifi USM? 
    Jawapan 2 :
    Sila hadir ke Kaunter ServisDesk bersama surat    sokongan daripada pihak Universiti untuk mendapatkan login id USMWireless.
     
    Soalan 3 :
    Apakah perbezaan diantara USMSecure dan USMWireless? 
    Jawapan 3 :
     

    USMSecure

    USMWireless

    Untuk kegunaan staf atau

    pelajar yang masih aktif.

    Untuk kegunaan pelawat atas jemputan USM, Pelajar Latihan

    Industri atau Pelajar Pertukaran Antara Universiti

     

    Kemudahan Perisian
     
    Soalan 1 :
    Apakah perisian yang boleh saya perolehi di kaunter ServisDesk? 
    Jawapan 1 :
    Sila hubungi Kaunter ServisDesk kampus masing-masing untuk senarai perisian yang dibekalkan
    (nombor talian telefon/alamat emel ServisDesk mengikut kampus boleh dirujuk di atas).
     
     
    Pembaikan Perkakasan ICT
     
    Soalan 1 :
    Adakah perkhidmatan membaiki peralatan ICT disediakan di ServisDesk? 
    Jawapan 1 :
    Sila hubungi Kaunter ServisDesk kampus masing-masing untuk maklumat lanjut (nombor talian telefon/alamat emel ServisDesk mengikut kampus boleh dirujuk di atas).
     

    SISTEM RANGKAIAN

    Aduan : Masalah Internet

    Penyelesaian :

    1. Periksa kabel network
    2. OFF WIFI dan On semula WIFI
    3. Restart peranti
    4. Sekiranya masih bermasalah, buat aduan di sistem ServisDesk PPKT Kesihatan

     

    KESELAMATAN ICT

    Aduan : Masalah akaun emel disekat

    Penyelesaian :

    1. Sediakan surat permohonan untuk aktifkan semula akaun e-mel yang disekat kepada Pengarah PPKT
    2. hantar ‘harcopy’ surat ke Pejabat Pentadbiran PPKT untuk diproses.

     

    SISTEM TELEFON

    Aduan : Masalah line @ tiada tone

    Penyelesaian :

    1. Semak kabel
    2. Uji dengan set telefon yang berfungsi
    3. Sekiranya masih bermasalah, buat aduan di sistem ServisDesk PPKT Kesihatan

    Tuan/ Puan perlu membuat permohonan melalui servisdesk di https://sd.usm.my.

    • Pilih Kampus Kesihatan kemudian login menggunakan Single Sign
    • Pilih Daftar Tiket -> Pertanyaan/Aduan -> PABX (Telefon)
    • Lengkapkan borang permohonan dan Submit
    • Borang perlu dicetak dan disahkan oleh Penyelia/ Ketua Jabatan sebelum dihantar kepada Pejabat AM PPKT Kampus Kesihatan untuk diproses.

     

    PENDAFTARAN WEBEX UNTUK MENJADI HOST

    Aduan : Keperluan menjadi host untuk mesyuarat atau even WEBEX

    Penyelesaian:

    • Tuan/ Puan perlu membuat permohonan melalui servisdesk di https://sd.usm.my.
    • Pilih Kampus Kesihatan kemudian login menggunakan Single Sign
    • Pilih Daftar Tiket -> Permohonan Perkhidmatan -> Peromohonan Akaun Webex
    • Lengkapkan borang permohonan dan Submit

    Borang perlu dicetak dan disahkan oleh Penyelia/ Ketua Jabatan sebelum dihantar kepada Pejabat AM PPKT Kampus Kesihatan untuk diproses.

     

    FAQ PENDAFTARAN / LOGIN/ CAPAIAN SISTEM

    Aduan : Saya merupakan pengguna baharu dan tidak pernah mempunyai akses kepada sistem hospital. Bagaimana untuk saya mendapat akses?

    Penyelesaian:

    • Tuan/ Puan perlu membuat permohonan melalui servisdesk di https://sd.usm.my.
    • Pilih Kampus Kesihatan kemudian login menggunakan Single Sign
    • Pilih Daftar Tiket -> Permohonan Perkhidmatan -> Pendaftaran Pengguna dan Submit.
    • Borang perlu dicetak dan disahkan oleh Penyelia/ Ketua Jabatan sebelum dihantar kepada Pejabat AM PPKT Kampus Kesihatan untuk diproses.

    Aduan : Saya merupakan pengguna berdaftar tetapi tidak dapat akses ke dalam sistem hospital. Bagaimana untuk saya dapatkan akses kembali?

    Penyelesaian:

    • Dapatkan maklumat pengadu, sistem dan lokasi

     

    SERIAL NUMBER BAGI PERISIAN SPSS

    Aduan : Bagaimana saya ingin mendapatkan serial number perisian SPPS

    Penyelesaian :

    1. Boleh datang ke Kaunter Khidmat Pelanggan PPKT untuk urusan tersebut ATAU,
    2. Tuan/ Puan perlu membuat permohonan melalui servisdesk di https://sd.usm.my.
      • Pilih Kampus Kesihatan kemudian login menggunakan Single Sign
      • Pilih Daftar Tiket -> Permohonan Perkhidmatan -> Lain-lain. Lengkapkan borang dan Submit.
      • Borang perlu dicetak dan disahkan oleh Penyelia/ Ketua Jabatan sebelum dihantar kepada Pejabat AM PPKT Kampus Kesihatan untuk diproses.

     

    PINJAMAN LAPTOP SEMENTARA

    Aduan : Bagaimana prosedur untuk pinjaman laptop sementara

    Penyelesaian :

    • Tuan/ Puan perlu membuat permohonan melalui servisdesk di https://sd.usm.my.
      • Pilih Kampus Kesihatan kemudian login menggunakan Single Sign
      • Pilih Daftar Tiket -> Permohonan Perkhidmatan -> Pinjaman Jangka Pendek Peralatan ICT. Lengkapkan borang dan Submit.
      • Borang perlu dicetak dan disahkan oleh Penyelia/ Ketua Jabatan sebelum dihantar kepada Pejabat AM PPKT Kampus Kesihatan untuk diproses.

     

    INSTALASI PERISIAN MICROSOFT 365 (LESEN USM)

    Aduan : Bagaimana prosedur untuk mendapatkan perisian microsoft 365

    Penyelesaian :

    • Sila layari office.com kemudian login menggunakan Single Sign On.
    • Pada penjuru atas sebelah kanan , klik pada butang “Install Office”

     

     

    Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT)
    Universiti Sains Malaysia,
    Kampus Kesihatan,
    16150 Kubang Kerian,
    Kota Bharu, Kelantan
     
    Tel : +609-7673000
    Faks : +609-7671133
    Email: ppktkk@usm.my

    mygovmscmqa

    Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

    Dasar Keselamatan & Privasi

    • Dikemaskini: 09 Januari 2023.