Misi

  • Misi PPKT adalah untuk menyediakan perkhidmatan dan infrastruktur Teknologi Maklumat yang berkualiti dan bermutu. Menyelaraskan proses-proses yang melibatkan akademik, pelajar, pentadbiran dan pengurusan melalui portal laman web untuk tujuan pemindahan dan perkongsian maklumat dalam usaha untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kepakaran Teknologi Maklumat di kalangan warga USM.
  • Membimbing dan menjadi sumber inspirasi kepada warga Universiti dalam mengharungi arus perubahan Teknologi Maklumat. Memastikan wawasan Universiti untuk menjadi sebuah institusi pengajian dan penyelidikan yang terulung akan menjadi kenyataan dengan Teknologi Maklumat sebagai pemangkin.
  • Membina komuniti kampus yang berpengetahuan dan bermaklumat dalam bidang Teknologi Maklumat. Menjadi pusat rujukan untuk hal-hal yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat. Serta membudayakan masyarakat kampus dengan Teknologi Maklumat.
  • Menawarkan perkhidmatan berkualiti dalam menyokong aktiviti R&D, pengajaran & pembelajaran pengajian tinggi dan menyediakan infrastruktur ICT yang menyeluruh di USM secara inovatif dan kreatif. Selain itu, PPKT juga sebagai "enabler" kepada persekitaran keilmuan dan pengetahuan.
  • Menyatukan perkhidmatan akademik, pelajar, pentadbiran serta pengurusan dan masyarakat melalui satu portal maklumat dan pemindahannya berasaskan web. Dengan penubuhan PPKT akan merintis lebih banyak perkembangan baru untuk keselesaan berurusan, berkhidmat, serta menjana, menyimpan dan menyebar ilmu seluas-luasnya.

Objektif Kualiti

  1.  Semua permohonan akan disemak dan diberi kelulusan dalam tempoh (3) tiga hari bekerja daripada tarikh  borang permohonan yang lengkap diterima
  2. Semua laporan kerosakan perkakasan PPKT yang tidak memerlukan alat ganti daripada pembekal atau  kepakaran pembekal akan diselesaikan dalam tempoh (5) lima hari bekerja.
  3. Memproses dan menghantar semua bil dan tuntutan bayaran ke Jabatan Bendahari dalam tempoh tiga (3) hari  daripada tarikh penerimaan bil.